Skip to main content

HOUSEMAN, HOUSEMAN, Houseman, HO.... For FUTURE, PRESENT, and Ex-HOUSEMAN



For FUTURE, PRESENT , Ex-HOUSEMAN (Including Houseman who has quit, current Medical Officer, Specialist, Consultant, Senior Consultant, Super Consultant), and THE PUBLIC to understand

Recently an issue has arisen regarding our Houseman AGAIN. I noticed this because they appear on my FB Newsfeed. Two good doctors have spent their busy time to give their thoughts and opinion on this. They are quite long, but I considered both articles are worth spending your time for. They touch on similar issue, but from different perspective. If you want to see the response for this post by other people (which some I annoyed with), I attached the source as well. I like them both, and when I have the time, I will share my thoughts later.


ARTICLE 1: Kerjaya doktor BUKAN untuk Si Manja anda.
***********************************************************
By: Mahyuddin Mohamed (Facebook name)

Viral surat komplen sekumpulan houseman yang mengatakan mereka bekerja lebih masa. Ini bukan isu baru dan telah diperkatakan sebelum ini.
Housemanship is a training period, sebab itu mereka dipanggil Pegawai Perubatan Latihan Siswazah. Mereka hanya ada nombor pendaftaran sementara sahaja. Mereka masih dalam latihan.
Sebelum saya teruskan, Saya harap anda semua jangan salah faham. Biar saya buat beberapa statement dahulu:
1. Saya bersetuju houseman dan kita semua perlu rehat yang secukupnya.
2. Keletihan boleh mengakibatkan kecuaian berlaku.
3. Pelbagai penambahbaikan telah dilakukan bagi mengurangkan beban houseman sebenarnya.
4. Pakar di hospital sentiasa terbuka dalam mendengar masalah houseman. We are always open and approachable. 

Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan shift system bagi mengurangkan tempoh jam bekerja houseman di hospital. Ini ringkasan shift system yang di perkenalkan:
1. Mereka bekerja 65-75 jam seminggu (sebelumnya 90 jam utk oncall system)
2. 3 shift berbeza. Untuk shift malam akan dapat post night off. Setiap shift tidak melebihi 16 jam (lihat gambar)
3. At least 1 full day off per week (pada mana2 hari)
4. Post night duty off (afternoon off)
5. Protected time for CME (Continuous Medical Education). Houseman perlu attend minimim 75 peratus daripada jumlah sesi pembelajaran ini. 




Saya merasakan apa yang dikomplen adalah tagging period. Tagging period adalah tempoh kritikal untuk houseman belajar apabila masuk posting baharu. Anda perlu dapat skills dan ilmu bagi merawat pesakit di posting tersebut. Tempoh tagging adalah dari jam 7 pagi hingga 10 malam setiap hari.




Untuk posting pertama, ia adalah antara 10-14 hari (dengan hari cuti selepas 7 hari pertama) kerana anda juga perlu belajar sistem di hospital tersebut - borang, tiub darah, komputer, case presentation dan macam2 lagi). Untuk posting kedua hingga keenam, tempoh tagging biasanya adalah seminggu sahaja kerana anda telah pun tahu sistem di hospital tempat anda bertugas.
Namun, kita perlu faham yang kerja sebagai doktor tidak sama dengan profession lain. Saya telah nyatakan berulangkali & saya abadikan juga dalam cerpen saya berjudul 'Lepto' dalam Buku DiagnosisApokalips bahawa:

"A DOCTOR MAY HEAL OR KILL PATIENTS"
* Anda mahu doktor yang tidak tahu mengenai masalah anda merawat anda?
* Doktor yang ingat2 lupa masalah anda?
* Doktor yang ingat masalah anda hari ini dan lupa keesokan harinya?

Saya menjaga lebih 30 houseman pada satu2 masa di jabatan saya. Jika anda tahu apa yang saya tahu mengenai kualiti sebahagian houseman yang kita ada, anda mungkin akan merasa takut untuk datang ke hospital. 
The first essential & compulsory thing that a doctor must do is know your patients well.  

Dear Housemen, We can't treat patients without knowing them - bukan sahaja masalah kesihatan & kesulitan mereka, malah siapa pasangan hidup mereka, apa kerja mereka, berapa orang anak mereka. Kita perlu mengenali mereka bagi memberi rawatan yang terbaik buat mereka.
Pagi tadi saya bersama pegawai perubatan saya (medical officer) bertolak jam 6 pagi selepas bersahur dan solat Subuh, menaiki kereta 2 jam daripada Temerloh ke Hospital Kuala Lipis bagi melakukan pembedahan ke atas pesakit kami. Kami berdiri 3 jam bagi melakukan pembedahan tersebut dan kemudiannya kembali semula ke Temerloh (2 jam perjalanan lagi) bagi meneruskan tugas kami di HOSHAS. Kami buat pembedahan di Lipis kerana bagi mempercepatkan tarikh pembedahan pesakit dan memudahkan pesakit.
Perancangan pembedahan ini bermula 3 bulan yang lepas dengan pemeriksaan fizikal, pembelian peralatan dan pemeriksaan bius. 2 minggu sebelumnya pada hujung minggu pun saya dihubungi oleh syarikat implan bagi memastikan pembayaran telah sempurna. Seminggu sebelumnya saya telah memeriksa beliau kembali di klinik saya. Malam sebelum pembedahan saya revise kembali teknik pembedahan dan anatomi lutut. Selepas ini saya akan melihat pesakit ini personally selama minimum 9 bulan sehingga beliau benar2 sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Semuanya bagi memberi yang terbaik buat pesakit. Merawat pesakit bukan perkara main2 dan bukan boleh dibuat sambil lewa mengikut office hours sahaja.
My take is, houseman yang kuat komplen adalah terdiri daripada mereka yang lemah dan manja. Apa yang saya lihat, Houseman yang bagus seperti kebanyakan houseman yang saya ada di HOSHAS adalah tough dan mampu melalui tempoh latihan yang mencabar ini. 

Dear Housemen, Yang pipih tak akan datang melayang. Yang bulat tak akan datang bergolek. Kemahiran hanya akan diperolehi dengan latihan dan usaha. Ia tidak akan datang dengan mengambil mudah tugas kita sebagai seorang doktor. Apa yang penting ialah anda mengenali pesakit anda. Jika anda perlu lebih masa untuk mengenali pesakit anda, then anda WAJIB datang lebih awal. Jika anda boleh kenal dan ingat pesakit anda dengan mudah, then anda boleh la datang lewat sedikit, I don't mind. Not knowing your patients is the remedy for disaster. You may kill a patient. And, to the public who read this post, that patient that will die (because of negligence), may be your uncle, your grandmother and your kids my friends. Anda perlu pandai cari masa untuk rehat, makan and take a nap in between. 

Dulu masa system Oncall, houseman tak tahan kerja. Houseman complain and mintak shift system. Sekarang shift system pun tak tahan juga, komplen lagi. Jika anda bercita-cita nak jadi doktor, atau ada anak yang anda nak jadi doktor, dengar sini & baca ni baik2. 

Doctors mempunyai nilai2 keperibadian yang exclusive dan tersendiri (set of values):
1. Masa bukan milik anda. Anda berkemungkinan besar susah cuti raya, mungkin tak dapat hadir majlis perkahwinan saudara-mara anda, tak dapat hadir kenduri kesyukuran atau arwah keluarga anda. Kalau dapat datang pun mungkin pada hari kenduri diadakan, dan kena balik segera selepas itu tanpa sempat mengemas rumah.
2. Pesakit akan sentiasa di fikiran anda tidak kita anda sedang bercuti atau bekerja. Telefon anda perlu sentiasa "on" kerana pihak hospital mungkin memanggil anda pada bila2 masa.
3. Pesakit sentiasa diutamakan. Ada masanya bayi anda tidak sihat tetapi anda perlu bekerja. Anda masanya ibubapa anda dimasukkan di hospital tapi anda tidak dapat menunggu mereka. Anda menjaga pesakit anda dan meletakkan kepentingan diri anda dan keluarga anda sendiri dibelakang.
4. Belajar secara berterusan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai kondisi setiap pesakit dan memberi rawatan terbaik buat pesakit. Anda perlu ada ketahanan diri untuk menjadi doktor. Kerjaya ini bukan untuk budak2 manja dan perlu dibelai.
5. Waktu kerja anda tidak sama dengan jadual waktu anda. Waktu kerja anda bukannya office hour (walaupun dalam jadualnya office hour).
6. Pesakit boleh datang bila2 masa. Pesakit boleh meninggal bila2 masa. Masa itu bukan milik anda. Anda perlu berkorban untuk pesakit. Otherwise profession ini bukan untuk anda atau anak anda. Pergi cari kerja lain.

Dear parents, Jika anda mempunyai anak yang manja, pampered & protected all the time, dan inginkan mereka menjadi doktor, please think again. Saya sudah deal dengan ramai houseman yang nak resign. Kebanyakan mereka menjadi doktor bukan atas kemahuan sendiri, tapi disuruh oleh kedua ibubapa mereka. Jika anak anda tak mahu atau tak minat utk jadi doktor, by all means, jangan paksa mereka. 

Disclaimer: Status ini adalah status peribadi dan tiada kena mengena dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, mana2 Jabatan Kesihatan Negeri atau pihak hospital.
‪#‎DrMahyuddin
(Sumber: https://www.facebook.com/drmahyuddin/posts/10208417182740163)


ARTICLE 2: HOUSEMAN
*****************************
By: Fahd Razy (Facebook name)

Saya kurang berminat ulas isu ini kerana saya tahu ramai yang mungkin tak setuju dengan saya (kerana saya memilih untuk tak setuju dengan 'ramai). Tapi untuk tak mengulang jawapan dalam mesej orang yang tanya saya, ini pandangan saya dan harapnya kita dapat 'setuju untuk tak bersetuju'.
Isu timbul apabila sekumpulan Houseman (doktor pelatih) menulis surat aduan tentang betapa mereka 'óverwork' dan bekerja lebih masa. Mengadu tentang beban kerja mereka. Kemudian 'masyarakat perubatan' (doktor-doktor senior) yang lain memberi respons yang agak negatif, mengatakan mereka manja(litis). Tak 'fit' untuk jadi doktor, dan sebagainya.
Ada beberapa perkara yang bercampur aduk di sini.

PERTAMA - Exhaustion and overworked are real issues among doctors!
Keletihan adalah isu yang serius. Sekalipun ia sudah sebati dengan profesion kedoktoran, tak bermakna ia bukan lagi masalah! Ia 'nature' profesion ini tapi tak bermakna ia bukan 'threat'! Ia fenomena biasa hari ini, tapi tak bermakna ia tak patut di'address'. (Sama macam bersalin lah, ia rutin...tapi tak bermakna ia tak ada risiko, kan?)
Dan dalam hierarki petugas kesihatan, houseman antara tempoh yang paling 'overworked' (tanpa menafikan, MO dalam certain department ada juga yang lebih teruk sebenarnya, terutama setelah houseman sudah tak ada oncall). Dan sebagai tambahan, mereka lah yang paling baru, junior, segar, dan tak berpengalaman. Mereka berada paling bawah (bahkan lebih bawah dari pada nurse, MA, dan PPK) dalam hierarki pengalaman. Ia kombinasi yang sangat menekan, fizikal-emosi-mental.
Saya hairan, apabila ramai doktor senior memberi respons- 'Saya dulu masa HO kerja lagi teruk dari HO sekarang tau. Satu wad 2 orang saja, boleh saja survive! HO sekarang manja sangat! Kalau tak mampu, jangan jadi doktor!'.
Tentu sekali setiap 'stressor' mempunyai graviti berbeza terhadap setiap orang- bergantung kepada banyak faktor dan keadaan. Psikologi, sosial, persekitaran, personaliti, rutin, fizikal, 'personal expectation', 'personal perception' dan sebagainya. Kucing kesayangannya mati, mungkin 'end of the world' untuk seseorang, tetapi ia benda remeh kepada seseorang yang lain! Dulu nenek-moyang kita pergi kerja jalan kaki-naik basikal 10-15km panas terik...'no big deal' lah! Tapi hari ini, doktor-doktor senior dan pakar kita pergi kerja naik kereta berkilat berhawa dingin dan 'berebut parking' di hospital siap masuk 'meeting' seolah-olah ia isu besar! (Dan memang ya, macam yang saya katakan, mungkin ia besar untuk seseorang tapi remeh untuk yang lain).
Kalau pun pengalaman HO dulu lebih teruk, itu tak bermakna pengalaman HO sekarang tidak teruk. At least, subjectively... and human experience is a very complex and subjective matter!
Saya seronok membaca respons kawan-kawan, yang membuat 'flashback' dan perkongsian secara positif. 'Encouraging'.
"Ini tips. Dulu masa HO, saya buat begini begini, dan begitu-begitu. Jadi HO sekarang mungkin boleh cuba apply, insyaAllah dapat cope better dengan stress."
Bukan sesetengahnya yang 'menyerang', 'degrade', 'bashing', dan memberi pelbagai label yang serba negatif.
Yup. Exhaustion and overworked are real. Among doctors. Among houseman. Dan kita tak sepatutnya secara wenang melabel para Houseman yang mengeluh - kerja berlebihan- sebagai manjalitis.
Saya 'survive' housemanship agak baik. Tapi tak pernah saya nafikan yang ia sukar! Housemanship saya agak selesa berbanding (sesetengah) kawan-kawan lain. Dua bulan masuk houseman (posting pertama!), saya dah diberi kepercayaan untuk 'referral call'. Bermakna saya penerima pertama kes dari luar hospital (sekarang rasanya HO dah tak dibenarkan terima referral). Mungkin bos-bos tak perasan yang saya baru posting pertama, tapi ia membantu bina kepercayaan. Sepanjang HO, dua kali saya jadi ketua HO. Bina rapport yang baik dengan sesetengah MO dan specialist (walaupun ada MO tak suka saya, dan tuduh saya 'licik' dan 'mengelat' kerana saya terlelap 10 minit di bilik oncall jam 4 pagi kerana terlalu keletihan).
Tapi walaupun begitu, masih, kalau ditawarkan untuk 4 bulan jadi HO balik, ringkas saya jawab - 'NEVER!'. Dan saya yakin, semua doktor, doktor senior, pakar, dan semuanya akan beri jawapan yang sama walaupun masing-masing sibuk menceritakan - BETAPA hebat, semangat waja, minat, determination mereka dapat survive housemanship beberapa tahun dulu, yang kononnya lebih sukar (dan end up berebut parking di hospital).
Walaupun saya lepasi zaman housemanship, saya juga stress. Tertekan. Terfikir untuk berhenti bukan sekali dua. Marah-marah. Jadi emosional. Buat silap. Kena audit. Kena marah. Kena pukul (physically). Dan entah berapa puluh atau ratus kali saya mengeluh, ah, teruknya jadi houseman. Adakah itu bermakna saya juga manjalitis? Dan ramai kawan-kawan saya yang dulu menangis, MIA (missing in action), mengeluh dan hampir berhenti, tapi end up sebagai senior yang berkata, "HO sekarang ni lembik. Manja. Tak kompeten. Aku dulu masa HO lagi susah tau!". Ironi bukan?

KEDUA - Houseman dulu lebih teruk dari sekarang...
Secara objektif, teknikalnya, saya bersetuju. Lihat waktu bekerja, jumlah kakitangan, dan sebagainya, memang, HO dahulu kelihatan lebih menderita. Bahkan mungkin zaman HO saya 6 tahun lepas lebih susah daripada sekarang...mungkin. Tapi macam yang saya terangkan di atas, Manusia tak berfungsi dengan 'fakta nombor' semata-mata.
Dan dengan mudahnya 'bragging' tentang betapa susahnya saya dulu, tak akan membantu selesaikan masalah. Percaya lah! Ia hanya menjadikannya teruk. (Dan entah kenapa, ia jadi penyakit semua doktor senior untuk compare 'life' dulu dan sekarang secara per se dan tohor)
Ketika saya junior houseman, seorang senior houseman (ah, senior 3 posting saja pun) selalu bercerita - 'Korang ni untung lah, satu wad 3 orang. Aku dulu satu wad seorang saja tau. Boleh saja siapkan kerja.'
Dan kesannya, kami sikit pun tak 'termotivasi'... bahkan makin 'benci' kepada dia dan orang sepertinya: "Eleh, seorang satu wad konon. Datang round lepak kat pantry saja...biar junior buat kerja. Makan gaji buta!'.

Kalau nak bernostalgia tentang kesusahan anda dahulu, alangkah besar manfaatnya kalau letakkan dalam tone yang positif dan merangsang. Bukannya untuk 'bragging' dan 'ridicule'. It never works!

KETIGA - Houseman juga adalah seorang kakitangan awam, petugas hospital, golongan profesional.
Apa masalahnya kalau houseman menulis aduan yang mereka 'overworked'? Apatah lagi dengan saluran yang elok dan bukannya buat mogok atau flashmob. Mereka kakitangan awam. Orang dewasa. Bayar cukai. Ada keluarga. Ada life. Point saya ialah, mereka sama macam petugas-petugas lain di hospital atau jabatan kerajaan. Mereka boleh mengadu jika ada masalah dan itu hak mereka.
Di hospital, kita masih terperangkap dengan mentaliti-persepsi bahawa 'Houseman' ni masih 'anak-anak', pelajar. Ya, mereka paling muda, tapi mereka juga orang dewasa. Kalau kita sibuk memperjuangkan yang 'DOKTOR-DOKTOR BERHAK DAPAT REHAT CUKUP', tapi kenapa kita pilih bulu dengan houseman?
Aduan mereka wajar dilayan seperti mana aduan seorang pakar. Kedua-duanya kakitangan awam, kan?
Sewaktu houseman, kami selalu 'disyarah' tentang 'teamwork' oleh doktor pakar dan MO tapi hakikatnya...houseman tak pernah dianggap sebagai 'team mates' kepada doktor senior. Kita semua faham maksud ini kan? Kerana ia jelas di mana-mana.
Jika seorang doktor pakar, mengadu kerja lebih masa, lalu kita beri respons yang serius. Mengapa houseman mengadu, we shove them off, dan put the blame on them instead?

KEEMPAT - Houseman tak berkualiti
"Kenapa HO hari ni kena kerja kuat? Sebab mereka hari ni tak berkualiti, berbanding dulu-dulu."
Saya rasa agak pelik dengan logik ini. 'Overworked' dan 'HO tak berkualiti' adalah dua isu yang perlu disentuh secara berasingan (walaupun mungkin ada bahagian tertentu yang boleh dikaitkan).
Apabila HO mengadu mereka keletihan, kita cepat menyerang balik: 'Sebab tu lah HO hari ni tak kompeten, manja sangat'.
Betul, 'what didn't kill you makes you stronger'.
Tapi bagaimana kalau 'overworked' itu sudah pun 'membunuh' semangat, stamina, determination, fokus, motivasi, dan minat mereka. Mereka tak sempat pun nak jadi 'stronger' tapi dah 'mati' dulu.

Kita semua ada limitasi. Dalam motivasi pekerja, terlalu sikit tekanan, kerja tak menjadi. Terlalu banyak tekanan, pekerja akan breakdown dan kerja tak menjadi juga (kalau yang ambil bussiness tentu tahu konsep ini).
Marah, maki, beri tekanan, kerja banyak, tak semestinya akan jadikan HO itu lebih baik, bahkan sebaliknya. Yang paling penting, kita perlu bezakan isu 'kualiti' houseman dan aduan mereka itu.
Tak semestinya semua HO yang mengeluh, mengadu keletihan itu 'dipaksa' oleh mak ayah jadi doktor. Ramai kawan-kawan saya yang memang minat jadi doktor tapi 'terkorban' di tengah jalan dan ramai juga yang dipaksa oleh keluarga, tapi sekarang jadi pakar dah pun.
Saya melalui zaman HO dengan agak baik, tapi end-up jadi doktor-cap-ayam di klinik mana-mana entah sekarang ni (ahaha) tapi kawan-kawan saya kena extend, kena blacklist, kena maki (so-called incompetent houseman ni) datang jumpa saya untuk buat medical checkup untuk sambung buat pakar! (Dan sebahagiannya dah hampir jadi pakar dah!)

AKHIRNYA...
Tak boleh kah buat seketika, apabila mereka mengeluh 'Saya penat' dan kita pun berfikirbalas - uh, mungkin kerana kerja mereka memang memenatkan.
Dan bukannya apabila mereka mengeluh 'Saya penat' dan kitapun berfikirbalas - uh, dasar HO sekarang, manja.
We are all colleagues! (macam ni ke eja dia?)
Layan lah satu sama lain sebagai kawan, sebagai satu pasukan, walaupun mereka orang bawahan. Kenapa nak prejudis. Kalau mereka ada masalah, kita siasat lah masalah itu dan ambil tindakan, bukannya marah mereka kerana 'mereka ada masalah'.

Kita boleh sampaikan point kita secara positif, insyaAllah.
Dan para Houseman, jangan putus asa. Macam doktor-doktor senior anda cakap, it is nature of this job. Memang kena kuat. Memang kena determine. Kalau anda dapat lepas, anda memang hebat! Dunia-akhirat anda dapat. InsyaAllah.
Ini hanya pandangan saya. Dan kalau tak setuju sekalipun, anggaplah ia sebagai 'disagreement among colleagues' semata-mata. Setiap orang ada perspektif sendiri.
‪#‎doktorcapayamdiklinikmanamanaentah
‪#‎jangankecamsaya


(Sumber: No specific link to the post which dated 18/06/2016. https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1091194897585483&id=180645451973770&substory_index=0)
-----------------------------

Popular posts from this blog

Housemanship (for future houseman)

What is housemanhip?? It’s a training programme for medical graduates who wish to work in Malaysia. Currently (as far as I know), regardless from local universities or overseas, all medical graduates have to undergo at least 2 years of housemanship (Latihan Siswazah). Why “at least 2 years”?? I’ll explain later. Within the 2 years, housemen are expected to finish 6 postings; Medical, Surgical, Paediatric, Orthopaedic, Obstetrics & Gynaecology, Emergency / Anaesthesiology. Each has to go through at least 4 months for each posting. **For the 6th posting, the ministry recently (if I'm not mistaken at the end of Dec'2013) introduced houseman participation in Primary Care and Psychiatric Department, apart from Emergency or Anesthesiology Department. This is due to to overloading of medical students, Many names have been called for housemen. I have heard of many things which are not pleasant to ears, but it is the reality. Housemen are the lowest of the food chain. Wor